Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

7 penghuni ditangkap selepas berkelakuan tidak terkawal di Boys' Home

Tujuh penghuni rumah tumpangan remaja lelaki, Singapore Boys' Home (SBH), diberkas setelah polis mendapati mereka berkelakuan dengan cara tidak terkawal, menurut pihak-pihak berkuasa pada Khamis (12 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
7 penghuni ditangkap selepas berkelakuan tidak terkawal di Boys' Home

(Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 12 Sep 2019 04:48PM Dikemas Kini : 12 Sep 2019 04:49PM

SINGAPURA: Tujuh penghuni rumah tumpangan remaja lelaki, Singapore Boys' Home (SBH), diberkas setelah polis mendapati mereka berkelakuan dengan cara tidak terkawal, menurut pihak-pihak berkuasa pada Khamis (12 Sep).

Menurut polis dalam satu kenyataan media, mereka menerima panggilan meminta bantuan pada Khamis jam 10.05 malam yang dilakukan "mengikut protokol SBH".

Setibanya di Boys' Home, polis mendapati tujuh penghuni dari tiga asrama berkelakuan dengan "cara tidak terkawal" dengan menterbalikkan tilam mereka dan mencampakkan objek-objek keluar dari bilik mereka sekali gus mencetuskan kekecohan.

Sesetengah daripada mereka juga bahkan merosakkan televisyen-televisyen dan besen di dalam bilik-bilik mereka.

Tiada kecederaan dilaporkan dan keadaan di Boys' Home sudahpun kembali seperti sedia kala dalam tempoh dua jam, menurut polis sambil menambah bahawa insiden itu sedang disiasat.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan