Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

7 lelaki akan didakwa kerana bertindak kasar terhadap kakitangan awam

Tujuh lelaki berusia antara 19 hingga 57 tahun akan didakwa di mahkamah pada Khamis (16 Mei) bagi kes-kes berasingan yang dituduh mencaci kakitangan awam, menurut polis pada Rabu.

Anggaran Waktu Membaca:
7 lelaki akan didakwa kerana bertindak kasar terhadap kakitangan awam

(Gambar hiasan: NEA)

Diterbitkan : 16 May 2019 08:30AM Dikemas Kini : 16 May 2019 08:34AM

SINGAPURA: Tujuh lelaki berusia antara 19 hingga 57 tahun akan didakwa di mahkamah pada Khamis (16 Mei) bagi kes-kes berasingan yang dituduh mencaci kakitangan awam, menurut polis pada Rabu.

Dalam kenyataannya, polis turut memberikan perincian mengenai ketujuh-tujuh kes yang berlaku antara April 2018 dengan Januari 2019 itu. Lelaki-lelaki itu akan didakwa dengan tuduhan menggunakan kata-kata kesat dan kekerasan jenayah terhadap kakitangan awam serta menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Dalam satu insiden yang berlaku pada 8 Jul tahun lalu, seorang lelaki berusia 19 tahun didapati memancing secara haram di Paya Simpanan Sungei Buloh oleh seorang pegawai Lembaga Taman Negara. Dia didakwa menolak pegawai wanita itu lalu menyikunya pada bahagian lengan dan dada.

Pada 7 April 2018 pula, seorang lelaki berusia 57 tahun didakwa menerpa dan menolak seorang pegawai penguat kuasa dari Agensi Sekitaran Kebangsaan semasa dia sedang disoal kerana membuang sampah sebarangan di North Bridge Road.

Dalam satu lagi kes, seorang lelaki berusia 27 tahun didakwa menyerang paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura ketika dia sedang meminta rawatan di Hospital Tan Tock Seng. Insiden itu berlaku pada 1 Jan.

Kes-kes lain pula melibatkan kelakuan menolak, menyerang dan memaki hamun pegawai-pegawai polis.

Jika sabit kesalahan, lelaki-lelaki tersebut boleh dipenjara dan didenda.

"Polis tidak akan bertolak ansur terhadap kelakuan ganas sedemikian ke atas kakitangan awam yang menjalankan tugas mereka dan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang secara terang-terangan tidak mengendahkan undang-undang," menurut polis dalam kenyataannya.

Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan