Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

7 kawasan rintis penggunaan meter air bijak

Para penduduk dan peniaga di tujuh kawasan akan menjadi di antara yang pertama dapat memantau penggunaan air mereka dengan menggunakan meter air bijak.

Anggaran Waktu Membaca:
7 kawasan rintis penggunaan meter air bijak

(Gambar: PUB)

Diterbitkan : 11 Jan 2020 07:58PM Dikemas Kini : 12 Jan 2020 12:07AM

SINGAPURA: Para penduduk dan peniaga di tujuh kawasan akan menjadi di antara yang pertama dapat memantau penggunaan air mereka dengan menggunakan meter air bijak.

Inisiatif PUB itu juga akan membolehkan pengguna mengetahui jika penggunaan air mereka tinggi, yang mungkin kerana ada kebocoran.

Di bawah Program Meter Air Bijak, penduduk boleh membuat penyesuaian dalam menggunakan air.

Misalnya, jika mereka menyedari penggunaan air naik terlalu tinggi ketika mencuci pakaian, mereka boleh menukar kepada mesin basuh cekap air.

Jurong West akan menjadi salah satu tempat meter air bijak akan dipasang. Kawasan-kawasan lain termasuk Hougang dan estet-estet perumahan baru seperti di Tampines North.

Lebih 300,000 meter air bijak akan dipasang antara tahun 2021 hingga 2023.
Buat masa ini, ada sekitar 1.6 juta meter air merata Singapura.

Ujian awal menunjukkan penggunaan meter bijak itu boleh menjimatkan penggunaan air sehingga 5 peratus.

PUB menyatakan ia akan meneliti data dari fasa pertama program ini, sebelum mempertingkat teknologi tersebut dan memperluas kawasan di mana meter air bijak dipasang.  

Sumber : CNA/AQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan