Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

7 anggota sindiket tipu SkillsFuture bernilai S$40 juta berdepan tuduhan tambahan

Tujuh anggota sindiket yang menipu lembaga berkanun SkillsFuture Singapore (SSG) hampir S$40 juta akan dikenakan lebih banyak tuduhan hari ini (28 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
7 anggota sindiket tipu SkillsFuture bernilai S$40 juta berdepan tuduhan tambahan

Gambar laman SkillsFuture. (Gambar: Christy Yip)

Diterbitkan : 28 Jan 2019 10:47AM Dikemas Kini : 28 Jan 2019 10:50AM

SINGAPURA: Tujuh anggota sindiket yang menipu lembaga berkanun SkillsFuture Singapore (SSG) hampir S$40 juta akan dikenakan lebih banyak tuduhan hari ini (28 Jan).

Sebelum ini, kesemua tujuh anggota itu dan enam individu lain sudah didakwa atas beberapa kesalahan termasuk penipuan, pemalsuan, penggubahan wang haram serta memutarbalikkan proses keadilan.

Tuduhan-tuduhan tambahan itu termasuk bersubahat untuk melakukan jenayah, menggunakan dokumen-dokumen palsu dan kegagalan untuk menjalankan usaha wajar sebagai pengarah entiti perniagaan, menurut polis pada Ahad (27 Jan).

Polis menyatakan bahawa empat daripada 13 anggota sindiket itu adalah 'para anggota utama' dan mereka melarikan diri dari Singapura sebelum Jabatan Ehwal Komersil (CAD) melancarkan siasatan.

CAD sudah bekerjasama dengan rakan-rakan sejawatannya dari China, Hong Kong dan Malaysia bagi membawa mereka pulang ke Singapura untuk berdepan dengan tuduhan.

Sindiket berkenaan menggunakan sembilan syarikat perusahaan, yang terdiri daripada syarikat penyedia latihan dan majikan, untuk membuat tuntutan geran latihan dengan SSG.

SSG juga memberikan geran-geran latihan bernilai hampir S$40 juta kepada sembilan syarikat itu dalam tempoh enam bulan.

"Kegiatan jenayah kini semakin rumit dan kian berlaku rentas sempadan. Oleh itu, kami perlu bekerjasama dengan rakan-rakan penguatkuasaan undang-undang di luar negara bagi membawa para penjenayah ke muka pengadilan," kata Pengarah CAD, David Chew.

"Kejayaan membawa pulang para suspek ke Singapura membuktikan kerjasama kukuh antara pihak kami dengan rakan-rakan sewajatan kami di luar negara," tambahnya. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan