Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

7,500 paket tembakau kunyah ditemui bawah timbunan epok-epok - ICA

Sebanyak 7,500 paket tembakau kunyah ditemui disembunyikan di bawah timbunan epok-epok dalam sebuah van berdaftar di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Tuas pada Sabtu lalu (29 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
7,500 paket tembakau kunyah ditemui bawah timbunan epok-epok - ICA

(Gambar: ICA/Facebook)

Diterbitkan : 02 Jul 2019 09:42PM Dikemas Kini : 02 Jul 2019 09:46PM

SINGAPURA: Sebanyak 7,500 paket tembakau kunyah ditemui disembunyikan di bawah timbunan epok-epok dalam sebuah van berdaftar di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Tuas pada Sabtu lalu (29 Jun).

Menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), muatan terbabit diisytiharkan sebagai epok-epok.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendedahkan paket-paket tembakau kunyah disembunyikan di bawah timbunan epok-epok yang sudah digoreng itu.

Dua lelaki warga Malaysia, seorang pemandu berusia 32 tahun dan penumpangnya yang berusia 30 tahun, dirujuk kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) bagi tindakan lanjut, menurut ICA.

"Sempadan kami adalah pertahanan pertama dalam menjaga keselamatan Singapura. ICA akan terus melakukakan pemeriksaan keselamatan terhadap penumpang dan kenderaan untuk mencegah percubaan penyeludupan manusia, dadah, senjata, bahan letupan atau barangan terlarang yang lain," menurut agensi itu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan