Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

7,000 pekerjaan disenarai dalam portal baru; model hibrid bantu percepat dapat kerja

Sekitar 7,000 pekerjaan kini disenaraikan dalam sebuah portal pekerjaan baru, hasil kerjasama antara CDC Barat Daya dengan pelbagai pihak.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Sep 2021 06:24PM Dikemas Kini : 24 Sep 2021 09:35PM

SINGAPURA: Sekitar 7,000 pekerjaan kini disenaraikan dalam sebuah portal pekerjaan baru, hasil kerjasama antara CDC Barat Daya dengan pelbagai pihak.

Pelbagai pekerjaan dari sektor runcit, jagaan kesihatan dan teknologi ditawarkan dalam portal tersebut - daripada peringkat pelatih sehinggalah pengurus.

Portal itu membolehkan para pemohon kerja mencipta profil mereka sendiri, lengkap dengan maklumat dan ringkasan tentang pengalaman kerjaya masing-masing.

Pihak majikan boleh mendapatkan maklumat tersebut daripada portal itu bila-bila pameran kerjaya secara fizikal diadakan.

Para pemohon kerja juga boleh menjalani wawancara, sama ada menerusi aplikasi Zoom atau secara fizikal, dengan para majikan dalam masa 15 minit sahaja.

Para majikan akan dimaklumkan sekiranya para pemohon kerja tidak mendapat jawapan dalam tempoh sebulan.

Semasa majlis pelancaran portal itu siang tadi (24 Sep), Datuk Bandar CDC Barat Daya Low Yen Ling berkata model hibrid seumpama itu akan membolehkan para pemohon kerja untuk mendapatkan pekerjaan dengan lebih pantas, terutamanya dalam masa-masa mencabar sekarang. 

Sumber : CNA/AI/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan