Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

640 aduan setiap bulan tentang majikan langgar peraturan pengurusan selamat

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menerima jumlah median kira-kira 640 maklum balas setiap bulan dari Januari hingga September 2021 tentang para majikan yang melanggar langkah-langkah pengurusan selamat (SMM), dedah jurucakap MOM pada Rabu (6 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
640 aduan setiap bulan tentang majikan langgar peraturan pengurusan selamat

Gambar: MOM

Diterbitkan : 07 Oct 2021 02:46PM Dikemas Kini : 07 Oct 2021 02:48PM

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menerima jumlah median kira-kira 640 maklum balas setiap bulan dari Januari hingga September 2021 tentang para majikan yang melanggar langkah-langkah pengurusan selamat (SMM), dedah jurucakap MOM pada Rabu (6 Okt).

Jumlah tersebut kekal "stabil" kecuali bagi "lonjakan jangka pendek" yang biasanya dicatatkan selepas pengumuman mengenai sekatan-sekatan lebih ketat, tambah kementerian itu.

"Misalnya, dari pertengahan Mei sehingga Julai 2021, MOM menerima lebih 3,500 maklum balas, dengan peningkatan besar dicatatkan selepas Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) diumumkan pada Mei 2021," jelas MOM.

Menjawab pertanyaan Mediacorp tentang apa yang boleh dilakukan oleh para pekerja sekiranya mereka mendapati majikan mereka melanggar SMM, kementerian tersebut menyatakan mereka seharusnya "mendampingi majikan mereka terlebih dahulu untuk mendapatkan penjelasan berhubung keprihatinan mereka mengenai pelaksanaan SMM."

Para pekerja juga boleh membuat aduan tentang pelanggaran itu menerusi laman MOM: www.mom.gov.sg/report-wsh-issues.

"Semua aduan akan dirahsiakan," jamin kementerian itu.

"Para majikan dan pekerja ... seharusnya menjalankan tanggungjawab sosial dan memainkan peranan masing-masing untuk memastikan SMM dilaksanakan dengan betul dan dipatuhi di tempat kerja, demi mengurangkan risiko penularan COVID-19."

Syarikat-syarikat yang gagal melaksanakan SMM boleh dikenakan denda atau bahkan diperintahkan untuk menghentikan operasi jika berlaku pelanggaran yang serius, tambah kementerian itu.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan