Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

64 peruncit sertai inisiatif 'Made with Passion' tingkatkan kesedaran, nilai jenama tempatan

Lebih 60 peruncit baru menyertai inisiatif 'Made with Passion' yang memberikan tumpuan kepada jenama-jenama tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
64 peruncit sertai inisiatif 'Made with Passion' tingkatkan kesedaran, nilai jenama tempatan

(Gambar: Pejabat Jenama Singapura)

Diterbitkan : 23 Sep 2021 07:17PM Dikemas Kini : 23 Sep 2021 07:33PM

SINGAPURA: Lebih 60 peruncit baru menyertai inisiatif 'Made with Passion' yang memberikan tumpuan kepada jenama-jenama tempatan.

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) mendedahkan kini terdapat 111 jenama di bawah inisiatif kebangsaan itu.

Ia bertujuan meningkatkan kesedaran dan nilai jenama Singapura.

'Made with Passion' juga membolehkan jenama tempatan menebar sayap ke persada antarabangsa hasil kerjasama dengan Airbnb untuk menawarkan lebih 20 pengalaman.

Para tetamu berpeluang membakar piza 'sourdough' dan mereka kasut kulit mereka sendiri melalui kursus yang diadakan secara fizikal serta maya.

'Made with Passion 'juga bekerjasama dengan KrisShop untuk memasarkan produk-produk tempatan di wadah e-dagangnya.

KrisShop juga akan melancarkan beberapa kedai di Orchard Road dan kawasan menunggu pesawat di Lapangan Terbang Changi untuk mempamerkan beberapa jenama.

Sumber : CNA/AY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan