Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

62 basikal sewa ofo, Obike, Mobike dirampas kerana hadang laluan pejalan kaki

Sebanyak 62 basikal dari tiga syarikat sewa basikal dirampas kerana menghadang laluan pejalan kaki. Ini dikuatkuasakan dalam satu operasi selama seminggu, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (23 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jan 2018 04:39PM Dikemas Kini : 23 Jan 2018 10:27PM

SINGAPURA: Sebanyak 62 basikal dari tiga syarikat sewa basikal dirampas kerana menghadang laluan pejalan kaki. Ini dikuatkuasakan dalam satu operasi selama seminggu, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (23 Jan).

Operasi penguatkuasaan itu dijalankan antara 15 Januari dengan 21 Januari di kawasan-kawasan seperti Yuan Ching Road, Alexandra, Woodlands Centre Road dan Dunearn Road.

Basikal-basikal dari syarikat oBike, Mobike dan ofo dijumpai diletak sembarangan, menurut LTA.

Ia menambah, daripada 292 notis pemindahan yang dikeluarkan, 62 basikal dirampas kerana tidak dialihkan dalam tempoh setengah hari selepas itu.

Sebanyak 24 basikal yang dirampas adalah oBike, 22 basikal ofo dan 16 Mobike. tambah LTA.

Syarikat-syarikat pengendali tersebut berdepan denda sehingga $500 bagi setiap basikal yang diletak sembarangan.

Menerusi laman Facebooknya, LTA menyatakan, ia memandang serius perkara tersebut.

"Kami bekerjasama dengan BSO (pengendali basikal sewa) dan mengingatkan mereka supaya memindahkan basikal-basikal tersebut. BSO perlu menguruskan basikal-basikal mereka dan memastikan para pengguna meletakkan basikal dengan bertanggungjawab di tempat yang sudah disediakan," menurut LTA.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan