Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

60% penjaja S'pura boleh terima kaedah pembayaran digital

Kira-kira 60 peratus penjaja di Singapura kini menerima pembayaran secara digital sebagai menyahut seruan pemerintah untuk mendakap penggunaan teknologi. Usaha kini dipergiat untuk mendorong pula lebih ramai penjaja menggunakan platform pesanan makanan secara online.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Jun 2021 07:35PM Dikemas Kini : 06 Jun 2021 01:04AM

SINGAPURA: Kira-kira 60 peratus penjaja di Singapura kini menerima pembayaran secara digital sebagai menyahut seruan pemerintah untuk mendakap penggunaan teknologi

Usaha kini dipergiat untuk mendorong pula lebih ramai penjaja menggunakan platform pesanan makanan secara online.

Sekitar 60 peratus daripada 18,000 pemilik gerai sudahpun memanfaatkan kaedah e-pembayaran di bawah inisiatif "Hawkers Go Digital" pemerintah.

Namun penggunaan pembayaran secara digital sahaja tidak lagi mencukupi.

Ini memandangkan semakin ramai orang memesan makanan secara online dalam keadaan pandemik sekarang.

Oleh itu Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo berkata pemerintah akan meningkatkan usaha bagi membantu para penjaja memanfaatkan platform pesanan makanan dalam talian.

Inisiatif itu akan diterajui Menteri Negara Perhubungan dan Penerangan Tan Kiat How dan Menteri Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran Amy Khor.

Ramai para penjaja terutama yang lebih tua bimbang untuk menggunakan wadah digital serta yuran yang perlu dibayar kepada para penyedia khidmat penghantaran makanan. 

Sumber : CNA/RR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan