Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

60 mat motor, relawan Masjid Salim Mattar singsing lengan agih bantuan

Mereka membantu mengagih-agihkan hamper makanan untuk keluarga susah dan golongan memerlukan, yang merupakan penerima bantuan masjid tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sekumpulan 60 'mat motor' merebut peluang untuk beramal di bulan Ramadan ini dengan menjadi sukarelawan bagi Masjid Sallim Mattar.

Mereka membantu mengagih-agihkan hamper makanan untuk keluarga susah dan golongan memerlukan, yang merupakan penerima bantuan masjid tersebut.

Kumpulan sukarelawan itu dan wakil dari Masjid Sallim Mattar bekerjasama melakukan usaha murni itu pada Sabtu lepas (9 Jun). Habuan Hari Raya yang mereka siapkan diagih-agihkan kepada 33 penerima bantuan di Blk 37, Macpherson Circuit Road.

Menurut Setiausaha Masjid Sallim Mattar Encik Mohammad Fauzi Saini, selain ingin membantu golongan memerlukan di kawasan estet kejiranan, usaha tersebut turut menjadi jambatan untuk mereka mengenali golonngan yang memerlukan daripada bangsa dan agama yang berlainan.

"Dengan acara ini, ia memberi masjid peluang untuk mendekati dengan keluarga-keluarga, atau individu-individu istimewa, tidak kira bangsa atau agama.

"Dengan mengongsi juadah ini dengan mereka, masjid dan para relawan lain dapat mendekati keluarga-keluarga sini dan juga mencurah kasih selain memahami keadaan mereka," kongsi Encik Fauzi kepada BERITAMediacorp.

Sebahagian sukarelawan yang kami temui berkata bahawa pengalaman itu menjadi pembuka mata bagi mereka, di samping mengimbas kembali memori masa lampau pada zaman 1990-an lagi.

"Apa yang saya boleh imbas kembali, kita mulakan projek seperti ini dalam tahun 90-an, kita akan bergabung bersama-sama, bersatu untuk memberi habuan dan untuk yang memerlukan," kongsi Encik Azman Ali, yang merupakan seorang daripada mat motor yang terlibat.

"Alhamdulillah, hari ini sungguh mengkagumkan, penghuni rumah semua turun bawah untuk kita memberi pada dia orang bubur dan kurma dengan habuan-habuan yang mereka memerlukan," kata Encik Abdul Malik Marwi pula.

Kumpulan relawan ini turut mengagihkan kurma dan bungkusan bubur kepada penduduk lain yang menetap di blok yang disasarkan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan