Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

60 kanak-kanak memerlukan dapat beg, perkakas sekolah baru dalam usaha #5Kfor50Kids

60 kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan untuk siap bersekolah tahun depan melalui inisiatif #5Kfor50Kids anjuran Halal Goods Do Good dan Project Goodwill Aid.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: 60 kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan untuk siap bersekolah tahun depan melalui inisiatif #5Kfor50Kids anjuran Halal Goods Do Good dan Project Goodwill Aid.

Jumlah itu juga satu peningkatan berbanding 50 kanak-kanak yang dibantu tahun lalu.

Meskipun cuti sekolah baru saja bermula, kanak-kanak ini dan keluarga mereka mendapat sedikit keringanan bagi persiapan mereka untuk musim persekolahan 2019.

SETIAP KANAK-KANAK DAPAT $100, HABUAN BERNILAI $20

Ini kerana mereka adalah antara 60 kanak-kanak yang menerima bantuan daripada jualan amal #5Kfor50Kids. Inisiatif itu yang diadakan awal bulan ini berjaya memungut $6,000, naik $1,000 berbanding edisi tahun lalu.

Setiap kanak-kanak menerima $100 setiap seorang di majlis penyampaian habuan #5Kfor50Kids yang diadakan semalam (25 Nov). Selain daripada itu, mereka juga menerima perkakas sekolah bernilai $20 setiap seorang.

Saya menerima habuan dari segi beg sekolah dan juga keperluan sekolah dan ia dapat membantu untuk mengurangkan kos untuk sekolah dan juga keperluan anak-anak," kata seorang ibu penerima bantuan itu Cik Norlela Abdul Rahman.

DAPAT ISIKAN KEKOSONGAN DIRASAI ANAK-ANAK KECIL

"Sebagai seorang ibu kepada tiga orang anak yang bakal melangkah ke alam persekolahan tidak lama lagi, saya sendiri dapati bahawa akan ada golongan di antara masyarakat kita yang kurang kemampuan namun tidak layak menerima bantuan rasmi di atas sebab-sebab tertentu. Jadi inilah sebab utama kami disebalik inisiatif ini," kata Ketua Penyelaras Halal Goods Do Good, Cik Zahira Zainal.

Bagi menjadikan acara itu lebih istimewa lagi, pihak penganjur juga menyambut ulang tahun beberapa kanak-kanak yang mungkin tidak pernah mengadakan majlis hari jadi sebelum ini.

"Saya gembira sukarelawan, masyarakat kita datang untuk mendampingi mereka untuk mengisi kekosongan yang mereka rasa.

"Saya rasa anak-anak harus kita jaga, didik, penuhi dengan kasih sayang sepenuhnya," ujar Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan merangkap Ehwal Dalam Negeri Amrin Amin, yang menjadi tetamu kehormat acara pengagihan itu.

Halal Goods Do Good menyatakan, pada masa depan ia merancang menyediakan skim biasiswa bagi menyokong kanak-kanak kurang bernasib baik yang berbakat dalam bidang bukan akademik. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan