Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

60 dormitori pekerja asing diberi status bebas COVID-19 mulai 2 Jun

Jawatankuasa Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) akan mula mengeluarkan 'status bebas jangkitan' bagi 60 dormitori yang layak, bermula esok (2 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jawatankuasa Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) akan mula mengeluarkan 'status bebas jangkitan' bagi 60 dormitori yang layak, bermula esok (2 Jun).

Status itu bermakna setiap pekerja asing di dormitori itu sudah bebas dari COVID-19.

Ini selepas sekitar 40,000 pekerja asing yang tinggal di dormitori disahkan sudah tidak dijangkiti virus COVID-19 setakat petang Isnin (1 Jun).

Demi memastikan para pekerja asing dapat kembali bekerja dengan selamat, ujian sistematik dan pengawasan kesihatan dipertingkat.

Ini bagi memastikan pengesanan awal virus COVID-19 dan mengurangkan kemungkinan jangkitan semula serta penularan virus itu.

Pemerintah juga akan meningkatkan mutu kebersihan di dormitori-dormitori pekerja asing.

Ia dalam perancangan untuk membina ruang-ruang tambahan untuk menampung sekitar 60,000 pekerja asing menjelang akhir tahun ini.

Dengan lebih banyak tempat untuk menampung para pekerja asing, ia dapat mengurangkan kesesakan di dalam dormitori serta memastikan ianya berdaya tahan terhadap risiko kesihatan awam.

MTF juga sedang mencari penyelesaian mampan untuk menampung pekerja asing di dormitori.

Proses ini juga perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat.

"Ini akan merangkumi dormitori-dormitori ringkas yang diperbuat daripada struktur-struktur separuh kekal. kata Menteri Pembangunan Negara Lawrence, yang juga Pengerusi Bersama MTF.

"Mereka boleh dipasang dalam masa beberapa bulan dan boleh menampung sekitar 25,000 pekerja asing," tambahnya.

Selain itu, lebih 10 dormitori khas dijangka akan dibangunkan untuk menampung sekitar 100,000 pekerja asing dalam masa dua tahun akan datang.   

Sumber : BERITA Mediacorp/HK/UR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan