60 burung merpati Santa Cruz "penghuni baru" Taman Burung Jurong
Taman Burung Jurong kini mungkin satu-satunya di dunia yang menempatkan burung amat terancam ini.
SINGAPURA: 60 ekor burung merpati Santa Cruz kini menjadi "penghuni baru" Taman Burung Jurong.
Burung-burung itu diterbangkan 6,000 kilometer dari Kepulauan Solomon selepas diselamatkan dari pemburu haram.
Taman Burung Jurong kini mungkin satu-satunya di dunia yang menempatkan burung amat terancam ini.
Kebanyakan spesis burung ini terhapus selepas ledakan gunung berapi di Kepulauan Solomon.
Burung merpati ini akan dipamerkan di ruang koleksi burung-burung Asia bulan depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.