Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6 syarikat penerbangan tawar penerbangan harian VTL S'pura-M'sia

Enam syarikat penerbangan sudah diperuntukkan untuk menawarkan penerbangan bagi Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) antara Singapura dengan Malaysia, menurut Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada Khamis (18 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Nov 2021 09:01PM Dikemas Kini : 19 Nov 2021 12:07AM

SINGAPURA: Enam syarikat penerbangan sudah diperuntukkan untuk menawarkan Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) antara Singapura dengan Malaysia, menurut Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada Khamis (18 Nov).

Syarikat-syarikat penerbangan itu adalah AirAsia, Jetstar Asia, Malaysia Airlines, Malindo Air, Scoot dan Singapore Airlines (SIA).

VTL antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang akan dilancarkan pada 29 November diumumkan pada awal bulan ini.

Enam khidmat penerbangan VTL antara Lapangan Terbang Changi dan KLIA akan ditawarkan setiap hari.

Permohonan bagi Pas Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTP) bagi para pelawat dari Malaysia akan dibuka pada 22 November, 10.00 pagi.

"Singapura dan Malaysia menikmati hubungan ekonomi yang kukuh dan ikatan yang muhibbah antara rakyat kedua-dua negara," menurut CAAS dalam kenyataan medianya.

"VTL bersama itu adalah satu langkah penting dalam usaha membuka semula sempadan antara kedua-dua negara jiran, memudahkan perniagaan dan membolehkan ramai keluarga bersatu semula."

Sebelum pandemik melanda, Malaysia adalah antara tiga pasaran teratas dari segi ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Changi setiap tahun, menurut CAAS.

Laluan Singapura-Kuala Lumpur juga merupakan laluan perjalanan udara yang paling sibuk di dunia dengan sekitar 40 penerbangan setiap hari dan secara purata sebanyak 7,000 ketibaan di Lapangan Terbang Changi setiap hari, menurut CAAS lagi.

Di bawah skim perjalanan bebas kuarantin itu, para pelawat yang sudah lengkap divaksin dari negara-negara VTL boleh memasuki Singapura tanpa menjalani kuarantin dan hanya perlu menjalani ujian COVID-19.

Kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah yang belum divaksin akan dibenarkan melakukan perjalanan di bawah VTL ke Singapura sekiranya mereka ditemani pelawat VTL yang memenuhi kesemua syarat VTL.

Syarat-syarat memasuki Singapura di bawah VTL bagi Malaysia juga sama dengan VTL-VTL sedia ada.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan