Images
  • penjaja
    Seorang penjaja yang didampingi Dr Amy Khor sepasukan. (Gambar: Amy Khor/Facebook)

6 khidmat penghantaran sertai perikatan bantu penjaja manfaatkan wadah online

SINGAPURA: Enam khidmat penghantaran menyertai sebuah perikatan yang ditubuhkan hari ini (17 Jun) bagi membantu para penjaja memanfaatkan wadah online.

Ini termasuk para pemain utama seperti Grab, Foodpanda dan Deliveroo, serta syarikat lebih kecil seperti WhyQ dan Bungkus.

Kerjasama itu juga melibatkan kementerian pemerintah, penjaja, persatuan dan relawan.

Dalam mesyuarat pertamanya hari ini, perikatan itu membincangkan cabaran-cabaran menggalak penjaja menggunakan wadah online.

Ini termasuk bayaran komisen, gangguan aliran tunai dan isu harga makanan yang mampan.

Untuk menangani sesetengah cabaran itu, duta-duta digital akan mengunjungi pusat penjaja untuk membimbing penjaja.

"Apa yang penting ialah memastikan kita mengurangkan kos bagi seluruh rantai nilai dalam urus niaga ini, supaya kita semua dapat memanfaatkannya dan melakukan dengan lebih berkesan," kata Menteri Negara Perhubungan dan Penerangan Tan Kiat How.

- CNA/AY/sm

Top