Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

$6 juta dibelanjakan bagi lindungi lebih 2,000 batu karang

Kerja tambak tanah dan projek-projek di kawasan pantai negara ini yang dilakukan dalam tahun-tahun 1960an hingga 1990an menjejas teruk batu-batu karangnya.

Anggaran Waktu Membaca:
$6 juta dibelanjakan bagi lindungi lebih 2,000 batu karang
Diterbitkan : 09 Dec 2017 08:30PM Dikemas Kini : 09 Dec 2017 08:39PM

SINGAPURA: Kerja tambak tanah dan projek-projek di kawasan pantai negara ini yang dilakukan dalam tahun-tahun 1960an hingga 1990an menjejas teruk batu-batu karangnya.

Namun sepanjang beberapa tahun lalu, pihak berkuasa berusaha untuk memindahkan batu-batu karang bagi melindunginya daripada kesan pembangunan Singapura.

Sebanyak $6 juta dibelanjakan bagi memindahkan lebih 2,000 koloni batu karang yang terjejas dengan projek pembangunan pelabuhan di Tuas.

Pada 2013, agensi-agensi seperti Penguasa Pelabuhan Maritim, NParks dan para saintis dari Institut Sains Marin Tropika bekerjasama untuk memindahkan batu-batu karang dari kawasan Rumah Api Sultan Shoal ke perairan pulau-pulau selatan.

Pihak berkuasa menyatakan projek itu membuahkan hasil positif.

Keadaan kesihatan batu-batu karang yang masih ada di perairan Sultan Shoal pula akan terus dipantau.

Projek itu adalah satu daripada banyak usaha kebelakangan ini untuk mengurangkan kesan pembangunan bandar terhadap batu karang.

Satu lagi projek serupa dilakukan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan pada 2015.

Ia memindahkan batu-batu karang yang terjejas dengan projek Kawasan Pelupusan Sampah Semakau ke Taman Marin Pulau Subar Darat dan Laut.

Selain memindahkan batu-batu karang seperti itu, NParks juga melakukan beberapa inisiatif untuk melindungi kepelbagaian hidup-hidupan laut di negara ini.

Ini termasuk membina sebuah tangki khas untuk melestarikan batu-batu karang yang sukar ditemui.

Namun para pencinta alam sekitar berkata lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk melindungi batu-batu karang tempatan.  

Sumber : CNA/NT/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan