Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6 diberkas jual barangan tiruan bernilai $80,000 di Far East Plaza

Empat wanita dan dua lelaki diberkas atas penjualan barangan dan pakaian mewah tiruan semasa serbuan dijalankan di Far East Plaza, menurut polis pada Selasa (9 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
6 diberkas jual barangan tiruan bernilai $80,000 di Far East Plaza

Gambar fail Far East Plaza. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 10 Jul 2019 09:29AM Dikemas Kini : 10 Jul 2019 09:31AM

SINGAPURA: Empat wanita dan dua lelaki diberkas atas penjualan barangan dan pakaian mewah tiruan semasa serbuan dijalankan di Far East Plaza, menurut polis pada Selasa (9 Jul).

Para suspek yang berusia antara 26 tahun dengan 54 tahun, diberkas pada Ahad apabila para pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) menyerbu tujuh kedai runcit, menurut polis dalam kenyataan medianya.

Menurut polis, lebih 500 barangan yang bernilai sekitar S$80,000 disita. Barangan yang menggunakan tanda hak cipta palsu termasuk kasut, jam tangan, beg dan topi.

Siasatan polis masih dijalankan.

Jika didapati bersalah kerana menjual atau mengedarkan barangan yang menggunakan tanda hak cipta palsu, mereka boleh dikenakan denda sehingga S$100,000, hukuman penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

"Pihak polis memandang serius terhadap kesalahan menggunakan tanda hak cipta palsu," menurut polis.

"Pengedaran dan penjualan barangan tiruan adalah kesalahan-kesalahan serius dan pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap para pesalah yang mengaut keuntungan daripada para peniaga dan pelanggan." 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan