Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6 diberkas; disyaki sediakan & iklankan khidmat seks di rumah urut

Enam wanita diberkas menyusuli serbuan polis di tiga rumah urut minggu lalu. Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini (11 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
6 diberkas; disyaki sediakan & iklankan khidmat seks di rumah urut

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 11 Oct 2021 03:23PM Dikemas Kini : 11 Oct 2021 03:29PM

SINGAPURA: Enam wanita diberkas menyusuli serbuan polis di tiga rumah urut minggu lalu.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini (11 Okt).

Wanita-wanita tersebut, berusia antara 28 dengan 39 tahun, disyaki menyediakan dan mengiklankan khidmat seks dalam rumah-rumah urut tersebut, menurut SPF dalam kenyataan medianya.

Rumah-rumah urut itu terletak di Kim Keat Lane, Turf Club Road dan Sophia Road, menurut polis, sambil menambah bahawa serbuan-serbuan tersebut dibuat pada 5 Oktober dan 7 Oktober.

Salah satu cawangan juga didapati menyediakan khidmat urut tanpa lesen.

Siasatan polis terhadap enam individu tersebut sedang dijalankan.

"Polis akan terus mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti jenayah," menurut polis.

"Mereka yang didapati melakukan kegiatan haram akan dihukum mengikut undang-undang."

Sesiapa yang didapati bersalah menjalankan perniagaan dengan menyediakan khidmat urut tanpa lesen yang sah di sesebuah rumah urut boleh dikenakan denda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya. Pesalah berulang akan dikenakan denda tidak melebihi S$20,000, dipenjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/RB/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan