Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6 dibawa ke hospital susuli kebakaran di blok HDB Boon Lay

Enam orang dibawa ke hospital setelah kebakaran tercetus di sebuah unit di tingkat empat blok HDB Boon Lay pada Isnin malam (15 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
6 dibawa ke hospital susuli kebakaran di blok HDB Boon Lay

(Gambar: Facebook/Ian Qaseh, Eric Sng Gak Hwa)

Diterbitkan : 16 Jul 2019 08:08AM Dikemas Kini : 16 Jul 2019 08:11AM

SINGAPURA: Enam orang dibawa ke hospital setelah kebakaran tercetus di sebuah unit di tingkat empat blok HDB Boon Lay pada Isnin malam (15 Jul).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberi respons kepada insiden di Blok 191 Boon Lay Drive itu pada sekitar jam 10.15 malam.

"Kebakaran melibatkan barangan dalam unit dan dipadamkan oleh pihak SCDF dengan menggunakan satu jet air," menurut satu kenyataan media, sambil menambah bahawa enam orang sudah dihantar ke Hospital Ng Teng Fong.

Sekitar 100 orang dipindahkan dari blok itu, dengan bantuan pihak SCDF dan polis

Rakaman-rakaman video yang dimuat naik ke Facebook menunjukkan kebakaran itu sedang marak di salah satu flat. Jeritan meminta tolong boleh didengar dari blok tersebut.

Encik Jeffrey Lee, yang merupakan salah seorang penduduk memberitahu Mediacorp bahawa para penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara bertahap-tahap pada sekitar jam 11.15 malam, kecuali mereka yang tinggal berdekatan dengan unit yang terbakar itu.

Menurut SCDF, punca kebakaran masih disiasat.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan