Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6 anggota SAF didenda mahkamah tentera atas kematian NSF Dave Lee

Sebuah mahkamah tentera mendenda enam anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) atas kematian Korporal Kelas Pertama (CFC) Dave Lee, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Khamis (24 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Sep 2020 03:08PM Dikemas Kini : 24 Sep 2020 09:07PM

SINGAPURA: Sebuah mahkamah tentera mendenda enam anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) atas kematian Korporal Kelas Pertama (CFC) Dave Lee, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Khamis (24 Sep).

Sarjan Pertama (1SG) Chia Zhi Xuan didapati bersalah atas satu tuduhan mengingkari perintah am di bawah Seksyen 21 Akta SAF. Dia didenda S$2,500.

Sarjan Kedua (2SG) Koh Ren Zhong didapati bersalah atas kelalaian menjalankan tugas yang sah di bawah Seksyen 17(2) Akta SAF. Dia didenda S$1,800.

Korporal (NS) Tan Jin Yang didapati bersalah atas dua tuduhan tindakan cuai yang membahayakan nyawa di bawah Seksyen 41 (b) Akta SAF. Dia didenda S$4,500 bagi kedua-dua kesalahan itu.

Korporal (NS) Chng Pheng Heng, CPL (NS) Jonas Ang Kai Jie dan CPL (NS) Yep Ren Jie masing-masing didapati bersalah atas satu tuduhan mengingkari perintah am di bawah Seksyen 21 Akta SAF dan satu tuduhan menyalahgunakan kuasa di bawah Seksyen 29 Akta SAF. Mereka masing-masing didenda S$2,500 dan diturunkan pangkat dari Sarjan Ketiga (3SG) ke Korporal.

CFC Lee meninggal dunia pada usia 19 tahun pada April 2018 setelah mengalami strok haba selepas berbaris secara pantas sejauh 8 kilometer di Kem Bedok.

Enam anggota SAF itu didakwa di mahkamah tentera pada 20 Feb tahun ini menyusuli siasatan oleh Cabang Siasatan Khas SAF atas kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang tentera berhubung kejadian yang berkaitan dengan kematian CFC Lee.

Kesemua enam anggota SAF itu mengaku bersalah, menurut MINDEF.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan