Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6 anggota SAF didakwa di mahkamah tentera atas kematian NSF Dave Lee

Enam anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) didakwa di mahkamah tentera pada Khamis (20 Feb) atas kematian Korporal Kelas Pertama (CFC) Dave Lee.

Anggaran Waktu Membaca:
6 anggota SAF didakwa di mahkamah tentera atas kematian NSF Dave Lee

CFC Lee meninggal dunia pada usia 19 tahun pada April 2018.

Diterbitkan : 20 Feb 2020 09:50PM Dikemas Kini : 20 Feb 2020 09:52PM

SINGAPURA: Enam anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) didakwa di mahkamah tentera pada Khamis (20 Feb) atas kematian Korporal Kelas Pertama (CFC) Dave Lee.

CFC Lee meninggal dunia pada usia 19 tahun pada April 2018, selepas mengalami strok haba menyusuli kegiatan berarak dengan pantas sejauh 8km di Kem Bedok.

Polis merujuk enam anggota SAF tersebut kepada Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk menyiasat kemungkinan berlakunya sebarang pelanggaran undang-undang tentera berhubung kejadian berkaitan kematiannya, menurut MINDEF.

"Setelah Cawangan Siasatan Khas SAF selesaikan siasatan mereka, enam anggota tentera tersebut didakwa di mahkamah tentera (pada hari Khamis)," menurut kementerian itu sebagai menjawab pertanyaan media.

Enam anggota yang didakwa adalah:

  • Sarjan Pertama (1SG) Chia Zhi Xuan, 25, yang didakwa atas pertuduhan "tidak patuh perintah dan melakukan kegiatan tanpa kebenaran apabila memimpin latihan berlari sehari sebelum kegiatan berarak dengan pantas", menurut MINDEF. Dia menghadapi satu pertuduhan tidak mematuhi perintah umum di bawah seksyen 21 Akta SAF.
  • Sarjan Kedua (2SG) Koh Ren Zhong, 26, adalah pegawai keselamatan untuk kegaiatan berarak tersebut. Dia menghadapi satu pertuduhan perbuatan cuai yang membahayakan nyawa di bawah seksyen 41 (b) Akta SAF.
  • Sarjan Ketiga (NS) [3SG (NS)] Chng Pheng Heng, 22; Jonas Ang Kai Jie, 24 dan Yep Ren Jie, 22, semuanya adalah komander seksyen yang "melaksanakan hukuman yang tidak dibenarkan sehari sebelum kegiatan berarak pantas". Mereka masing-masing menghadapi tiga pertuduhan - dua kerana tidak mematuhi perintah am di bawah seksyen 21 Akta SAF dan satu pertuduhan penyalahguna kuasa di bawah seksyen 29 Akta SAF.
  • Korporal (NS) [CPL (NS)] Tan Jin Yang, 24, adalah anggota medik semasa kegiatan berarak pantas itu. Dia menghadapi dua pertuduhan perbuatan cuai yang membahayakan nyawa di bawah seksyen 41 (b) Akta SAF.

Awal bulan ini, seorang kapten SAF yang didakwa pada 2018 kerana menyebabkan kematian NSF akibat perbuatan terburu-buru, diberikan pelepasan tidak setara pembebasan dari tuduhan.

Kapten Tan Baoshu, 31, merupakan pegawai penyelia kegiatan berarak pantas berkenaan dan dituduh gagal membawa keluar CFC Lee dengan segera. Dia juga dituduh tidak membenarkan rawatan sewajarnya diberikan kepada CFC Lee, menyebabkan kematiannya akibat strok haba.

Jurucakap AGC berkata mahkamah memberikan CPT Tan pelepasan tidak setara pembebasan.

Jurucakap AGC memberitahu Mediacorp bahawa CPT Tan "didiagnosis dengan kanser Tahap 4". CPT Tan meninggal dunia pada 13 Feb.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan