Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6,500 pemandu ditangkap memandu lebih had kelajuan di 5 jalan raya Sengkang dalam 18 bulan

Antara bulan September 2019 dengan Februari tahun ini, 6,500 pemandu ditangkap memandu melebihi had kelajuan di lima jalan raya di Sengkang.

Anggaran Waktu Membaca:
6,500 pemandu ditangkap memandu lebih had kelajuan di 5 jalan raya Sengkang dalam 18 bulan

Petikan gambar dari Google Street View.

Diterbitkan : 07 Apr 2021 01:55PM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 01:59PM

SINGAPURA: Antara bulan September 2019 dengan Februari tahun ini, 6,500 pemandu ditangkap memandu melebihi had kelajuan di lima jalan raya di Sengkang.

Mereka ditangkap memandu laju di Fernvale Street, Fernvale Link, Jalan Kayu, Fernvale Road dan Sengkang West Way, menurut Menteri Ehwal Dalam Negara K Shanmugam dalam jawapan bertulisnya kepada soalan parlimen pada Isnin (5 Apr).

Anggota Parlimen (AP) Gan Thiam Poh (PAP-Ang Mo Kio) - yang menyelia kawasan tempat jalan raya itu bertanya tentang jumlah pemandu yang ditangkap memandu melebihi had kelajuan di lima jalan raya itu dalam tempoh 18 bulan yang lalu.

Beliau juga bertanya sama ada jalan raya itu perlu dianggap sebagai "zon-zon merah pandu laju".

Meskipun Polis Trafik tidak menentukan kawasan-kawasan yang dilihat sebagai "zon merah pandu laju", Sengkang West Way menyumbang kepada "kebanyakan" kesalahan memandu melebihi had kelajuan di lima jalan raya itu, kata Encik Shanmugam.

"Bagi Sengkang West Way, Polis Trafik sedang meneliti kemungkinan untuk memasang kamera pengesan kelajuan untuk meningkatkan pencegahan," kata beliau.

Selain memandu melebihi had kelajuan, Encik Gan juga meminta pihak berkuasa supaya mengambil tindakan ke atas para pemandu yang mengubai suai enjin kenderaan mereka secara haram, menyebabkan bunyi bising yang keterlaluan.

Encik Shanmugam berkata Polis Trafik dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sudah menjalankan operasi bersama, termasuk di lokasi-lokasi tersebut, untuk mengesan kenderaan yang dipandu melebihi had kelajuan dan juga kenderaan yang diubah suai secara haram.

Bercakap kepada Mediacorp, Encik Gan berkata beliau bertanya soalan itu disebabkan maklum balas daripada penduduk.

PENDUDUK PERLU TUTUP TINGKAP

Para penduduk yang menetap berdekatan jalan-jalan raya berkenaan memberitahu Mediacorp bahawa bunyi bising itu kadangkala menganggu tidur mereka.

Cik Murni Salim, yang sudah tinggal di kawasan itu untuk sekitar enam tahun, berkata bunyi bising bermula sekitar tengah malam dan membuatkan beliau terjaga sehingga pukul 3.00 pagi.

Sesiapa yang ditangkap memandu melebihi had kelajuan boleh dikenakan denda sehingga S$1,000 dan dipenjara sehingga tiga bulan. Sesiapa yang secara haram mengubai suai kenderaan boleh dikenakan denda sehingga S$5,000 dan dipenjara sehingga tiga bulan. Denda boleh digandakan bagi pesalah berulang.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan