Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6,000 keluarga, warga emas terima habuan jelang Tahun Baru Cina

Lebih 6,000 warga tua dan keluarga menerima habuan makanan dan keperluan asas sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih 6,000 warga tua dan keluarga menerima habuan makanan dan keperluan asas sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang. Kegiatan itu anjuran Dana Masyarakat bagi menyebarkan keceriaan di musim perayaan ini.

Buat pertama kalinya, para sukarelawan dari Gerakan bagi Golongan Kurang Daya Intelektual Singapura (MINDS) turut membantu menyiapkan beg-beg habuan.

Mereka menyertai lebih 2,000 sukarelawan, termasuk dari Bank Standard Chartered, untuk menyiapkan lebih 6,000 beg "bertuah" itu.

"Apa yang mendorong saya membuat ini semua disebabkan agama kita memang menggalakkan kita supaya tolong-menolong antara satu sama lain, berbuat baik kepada orang," kata Cik Suryati Wahid, pentadbir pasukan Bank Standard Chartered.

"Ibu bapa saya sudah lama meninggal dunia beruntung bagi sesiapa yang masih ada ibu bapa, yang dapat berbakti kepada mereka."

Setiap beg berisi 20 barang keperluan asas dan kuih-muih Tahun Baru Cina.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee turut membantu mengagih-agihkan habuan tersebut kepada keluarga-keluarga memerlukan dan golongan warga emas. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan