Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

59 sekolah dapat pengetua baru termasuk 3 maktab rendah

Sebanyak 59 sekolah akan mendapat pengetua baru sebagai sebahagian daripada rombakan tahunan Kementerian Kementerian Pendidikan (MOE).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Oct 2021 03:36PM Dikemas Kini : 07 Oct 2021 09:19PM

SINGAPURA: Sebanyak 59 sekolah akan mendapat pengetua baru sebagai sebahagian daripada rombakan tahunan Kementerian Kementerian Pendidikan (MOE).

Tiga daripada 59 sekolah itu adalah maktab rendah - Temasek, Victoria dan Eunoia.

Di Maktab Rendah Eunoia, Encik Andrew Tan akan mengambil alih jawatan yang dipegang Cik Wong-Cheang Mei Heng sejak penubuhan sekolah tersebut pada 2017. Encik Tan kini merupakan perunding kanan dalam kecemerlangan sekolah di MOE bagi divisyen sekolahnya.

Di Maktab Rendah Temasek, Cik Low Ay Nar akan memberi laluan kepada Encik Earnler Liu, pengetua Sekolah Menengah Bowen sekarang. Cik Low telah memimpin maktab rendah itu sejak 2016.

Di Maktab Rendah Victoria, Encik Jeffrey Low akan menggantikan Cik Ek Soo Ben, yang merupakan pengetua VJC sejak 2014. Encik Low kini berkhidmat sebagai pengarah bahasa dan sastera Inggeris di divisyen perancangan dan pengembangan kurikulum 2 MOE.

Dengan Sekolah Rendah Pioneer dan Sekolah Rendah Juying bakal bergabung mulai 2022, pengetua Sekolah Rendah Pioneer Cik Loke Wai Ling akan terus memimpin sekolah yang digabungkan itu.

Dalam kalangan 59 pengetua, 24 daripada mereka adalah pengetua yang baru dilantik, menurut kenyataan media MOE pada Khamis (7 Okt).

"Bagi 24 pengetua yang baru dilantik, ini merupakan kemajuan kerjaya yang penting kerana mereka memikul tanggungjawab lebih besar sebagai pemimpin dalam bidang pendidikan," menurut kenyataan itu.

"Bagi 35 guru besar dan pegawai HQ yang akan mengambil alih jawatan pengetua baru, ini menunjukkan keyakinan MOE terhadap kemampuan mereka untuk terus memimpin dan membimbing guru, kakitangan dan pelajar kami di sekolah."

13 sekolah menengah yang akan mempunyai pengetua adalah:

  • Sekolah Menengah Anderson
  • Sekolah Menengah Bartley
  • Sekolah Menengah Beatty,
  • Sekolah Menengah Bowen,
  • Sekolah Menengah Christ Church,
  • Sekolah Tinggi Chung Cheng (Main),
  • Sekolah Tinggi Chung Cheng (Yishun),
  • Sekolah Menengah Junyuan,
  • Sekolah Menengah Jurong West,
  • Sekolah Menengah Naval Base,
  • Sekolah Menengah Orchid Park,
  • Sekolah Menengah Queenstown, dan
  • Sekolah Menengah Zhenghua

Manakala 11 sekolah rendah yang akan mendapat pengetua yang baru dilantik adalah:

  • Sekolah Rendah Anchor Green,
  • Sekolah Anglo-Chinese,
  • CHIJ (Katong) Primary,
  • Sekolah Rendah Innova,
  • Sekolah Kheng Cheng,
  • Sekolah Rendah Marsiling,
  • Sekolah Rendah Opera Estate,
  • Sekolah Rendah Park View,
  • Sekolah Rendah St Anthony’s,
  • Sekolah Rendah Yew Tee, dan
  • Sekolah Rendah Yuhua

Pengetua tersebut akan menerima watikah pelantikan mereka pada 3 Disember di Majlis Pelantikan dan Penghargaan bagi Pengetua, yang akan dihadiri Menteri Pendidikan Chan Chun Sing.

"Proses pelantikan dan penggiliran pengetua membolehkan sekolah memanfaatkan sudut pandangan baru, dan membolehkan pengetua berpengalaman berkongsi amalan terbaik di sekolah," kata Kementerian Pendidikan.

"Para pengetua kami akan berpeluang untuk melalui cabaran baru dan memperkukuh kerja-kerja di sekolah di mana mereka ditempatkan." 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan