Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

547 pelajar madrasah terima Anugerah Pelajar Madrasah tahun ini; jumlah pelajar paling ramai sejak 2017

Pencapaian cemerlang sekitar 600 pelajar madrasah diraikan dalam satu majlis penyampaian Anugerah Pelajar Madrasah (MSA) dan Anugerah Prestasi Skim Bantuan Dana Kemajuan Madrasah (PROMAS) kendalian Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) di Wisma Geyalang Serai hari ini (16 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
547 pelajar madrasah terima Anugerah Pelajar Madrasah tahun ini; jumlah pelajar paling ramai sejak 2017

Anugerah disampaikan Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga Dr Muhammad Faishal Ibrahim. (Gambar: MUIS)

SINGAPURA: Pencapaian cemerlang sekitar 600 pelajar madrasah diraikan dalam satu majlis penyampaian Anugerah Pelajar Madrasah (MSA) dan Anugerah Prestasi Skim Bantuan Dana Kemajuan Madrasah (PROMAS) kendalian Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) di Wisma Geyalang Serai hari ini (16 Mac).

Anugerah disampaikan Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Ia bagi mengiktiraf prestasi cemerlang para pelajar madrasah sepenuh masa dari peringkat Darjah 1 hingga Pra-Universiti.

Sebanyak 547 pelajar menerima Anugerah Pelajar Madrasah (MSA), jumlah terbesar penerima anugerah itu sejak ia diperkenalkan pada 2017. Secara keseluruhannya sebanyak S$189,000 diagihkan tahun ini bagi 665 anugerah yang ditawarkan.

Setiap pelajar menerima antara S$200 hingga S$400 bagi setiap anugerah dengan 111 pelajar menerima lebih daripada satu anugerah.

Seramai 59 pelajar lagi diberi Anugerah Prestasi PROMAS di bawah Dana Kemajuan dan pengagihan bantuan kewangan. Keenam-enam madrasah sepenuh masa juga menerima geran PROMAS tahunan mereka.

Dengan sokongan masyarakat Islam, para pelajar di enam madrasah sepenuh masa menerima manfaat daripada bantuan kewangan tambahan selain subsidi bagi yuran sekolah.

Sebanyak S$600,000 diagihkan tahun ini berbanding S$403,000 tahun lalu, bagi para pelajar madrasah yang pendapatan keluarga perkapita mereka tidak melebihi S$500. Nilai setiap anugerah berjumlah S$1,000. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan