Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

53 penduduk Tampines West berpeluang menang $3,000 sempena Hari Kebangsaan

Seramai 53 penduduk Tampines West berpeluang menjadi pemenang cabutan bertuah barangan bernilai $3,000.

Anggaran Waktu Membaca:
53 penduduk Tampines West berpeluang menang $3,000 sempena Hari Kebangsaan

Tampines West Cultural Hub. (Gambar: Tampines West CC)

SINGAPURA: Seramai 53 penduduk Tampines West berpeluang menjadi pemenang cabutan bertuah barangan bernilai $3,000.

Ini jika mereka turun padang ke Karnival Hari Kebangsaan 2018 pada Sabtu ini (11 Ogos) untuk menyertai sambutan ulang tahun ke-53 Singapura.

Karnival yang diadakan di Hab Budaya di Blok 936 dan 937 Tampines Ave 5/St 91 itu akan dihadiri oleh tetamu terhormat Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli, yang juga Penasihat Pertubuhan Akar Umbi Tampines (GRO).

Demikian menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Kawasan Undi Tampines West hari ini (8 Ogos).

Acara itu akan dihoskan oleh pengacara rancangan The Noose, Chua En Lai dan personaliti televisyen, Nurul Aini.

Sambil-sambil bersantai bersama keluarga di sana, anda boleh menyaksikan persembahan termasuk dari penyanyi popular tempatan, Sufi Rashid dan dari orkestra Melayu, Orkestra Sri Temasek.

Selain itu, terdapat juga pertunjukan dari para pelajar sekolah pendidikan khas MINDS, murid-murid prasekolah PCF, 'flashmob' silat dan banyak lagi.

Yang pasti, bermacam-macam kegiatan sampingan turut diadakan untuk dinikmati bersama anggota keluarga dan jiran-tetangga.

Ini termasuk mencuba sendiri teknologi realiti maya, kegiatan melukis wajah atau rakamkan gambar kenangan anda sekeluarga menerusi lukisan karikatur.

Anda juga boleh menjamu selera di pelbagai gerai makanan dan snek yang disediakan.

Jangan lupa untuk mengikuti kemuncak acara pada sebelah malam, iaitu pertunjukan bunga api gilang-gemilang.

Tiket-tiket berharga $5 setiap satu boleh diperolehi dari Kelab Masyarakat Tampines West.

Setiap pembelian termasuk kupon bagi 'goody bag', snek, makanan seperti sate dan Old Chang Kee. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan