Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

53% pembantu rumah asing tidak sampai setahun bekerja dengan majikan sama: MOM

 Bagi setiap dua pembantu rumah asing yang diambil bekerja oleh keluarga di sini, satu daripadanya akan kembali semula kepada agensi pekerjaan sebelum genap setahun bekerja dengan majikan tersebut

Anggaran Waktu Membaca:
53% pembantu rumah asing tidak sampai setahun bekerja dengan majikan sama: MOM

Gambar fail pembantu rumah di Singapura. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 04 Oct 2019 01:09PM Dikemas Kini : 04 Oct 2019 01:21PM

SINGAPURA: Bagi setiap dua pembantu rumah asing yang diambil bekerja oleh keluarga di sini, satu daripadanya akan kembali semula kepada agensi pekerjaan sebelum genap setahun bekerja dengan majikan tersebut.

Demikian menurut rekod Agensi Pekerjaan Kementerian Tenaga Manusia, MOM. Antara Oktober 2016 dengan Oktober 2018, hampir 53 peratus pembantu rumah mengalami masalah untuk terus bekerja dengan majikan yang sama melebihi setahun.

Menurut Persatuan Agensi Pekerjaan, punca utamanya adalah jangkaan berbeza antara pembantu rumah dengan majikan.

Oleh itu, sikap bertolak ansur amat menting. Namun menurut persatuan itu, apabila ini tidak berlaku, hubungan antara kedua-dua pihak akan bertukar menjadi konflik dan dalam kes paling serius - penderaan fizikal.

"Malah kadangkala mereka terputus hubungan dengan agensi pekerjaan sendiri. Mereka tidak dapat meluahkan tekanan mereka, tidak mampu memberitahu bahawa mereka tidak dapat menanganinya.

"Para majikan menjadi amat marah kerana mereka fikir bahawa mereka mempunyai kemahiran yang lengkap. Justeru apabila terdapat keadaan sebegitu, ia menjadi lebih teruk.

Oleh itu, ada orang yang akan hilang sabar," kata Presiden Persatuan Agensi Pekerjaan, Cik K Jayaprema.

Terdapat juga isu kos - seorang majikan yang memulangkan pembantu rumahnya mesti membayar hampir seribu dolar untuk membiayai bon, insurans dan tempat tinggal.

Pembantu rumah pula perlu mengeluarkan wang sehingga dua bulan gaji bagi yuran pemindahan.'

Oleh itu, beberapa agensi pembantu rumah menumpukan kepada usaha memastikan para pembantu rumah mempunyai jangkaan yang tepat.

Agensi-agensi lain pula melakukan pemeriksaan secara tetap dengan para pembantu rumah dalam beberapa bulan pertama mereka di sini dan menjalankan kegiatan pada hujung minggu untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di Singapura. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan