Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

500 murid prasekolah akan diberi pelitup khas kanak-kanak percuma

Lebih 500 kanak-kanak di lima pusat prasekolah PCF Sparkletots di Tampines West akan menerima pelitup Air+ Kids secara percuma bagi melindungi mereka daripada jerebu.

Anggaran Waktu Membaca:
500 murid prasekolah akan diberi pelitup khas kanak-kanak percuma
Diterbitkan : 26 Sep 2019 07:17PM Dikemas Kini : 26 Sep 2019 07:21PM

SINGAPURA: Lebih 500 kanak-kanak di lima pusat prasekolah PCF Sparkletots di Tampines West akan menerima pelitup Air+ Kids secara percuma bagi melindungi mereka daripada jerebu.

Ia adalah sebahagian daripada inisiatif untuk mendidik kanak-kanak tentang kesihatan dan perlindungan sistem pernafasan.

Pelitup Air+ Kids.

Pelitup yang pertama seumpamanya itu direka khas untuk kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun dan didakwa berkesan menapis 95 peratus bahan tercemar di udara.

Pelitup itu dilancarkan di pusat prasekolah PCF Sparkletots di Tampines West pada Khamis (26 Sep).

Ia dihasilkan syarikat Innosparks, sebuah Makmal Inovasi Terbuka ST Engineering, dengan kerjasama Yayasan Temasek.

Lebih 350 kanak-kanak terlibat dalam uji cuba dua tahun bagi memastikan saiz dan bentuk pelitup yang betul.

Sebuah alat pernafasan juga boleh disambung kepada pelitup tersebut bagi keselesaan kanak-kanak. 

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan