Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

50 teksi HDT dilengkapi alat AED, pemandu dilatih bantu kes serangan jantung

Pengendali teksi HDT melengkapkan 50 buah teksinya dengan alat defibrilator luaran automatik (AED) atau penolong serangan jantung, dengan para pemandunya diberi latihan untuk menggunakan alat tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Nov 2019 10:13PM Dikemas Kini : 18 Nov 2019 10:27PM

SINGAPURA: Pengendali teksi HDT melengkapkan 50 buah teksinya dengan alat defibrilator luaran automatik (AED) atau penolong serangan jantung, dengan para pemandunya diberi latihan untuk menggunakan alat tersebut.

Ini sebahagian usaha negara untuk meningkatkan akses orang ramai kepada alat AED.

Pemandu teksi HDT boleh bertindak kepada kes serangan jantung dalam lingkungan 1.5 kilometer, dengan alat AED di dalam teksi mereka.

50 pemandu HDT menjalani latihan untuk menimba ilmu tentang penggunaan alat AED serta pertolongan kecemasan.

"Saya rasa ia amat bermanfaat untuk mempelajari kemahiran yang boleh menyelamatkan orang. Ia sangat penting dan saya berasa sedap hati, kerana jika berlaku kejadian kecemasan dan saat kritikal, dengan alat ini kita dapat membantu," kata seorang pemandu teksi, Vicky Lim.

Inisiatif 'AED on Wheels' ini adalah yang kedua seumpamanya antara Yayasan Jantung Singapura dengan sebuah syarikat pengendali teksi.

Edisi pertamanya dilancarkan oleh SMRT pada 2015 dan 100 teksi kendalian syarikat itu sudah pun dipasang dengan alat AED.

Sehingga bulan September tahun ini, pemandu teksi SMRT sudah membantu hampir 150 kes serangan jantung.

"Adanya sebuah alat AED kepada seorang pesakit yang baru terkena serangan jantung amat kritikal bagi peluangnya untuk hidup. Apabila jantung berhenti berdenyut, anda hanya mempunyai 5 hingga 6 minit sebelum berlakunya kerosakan otak yang tidak dapat dipulih," pengerusi Yayasan Jantung Singapura, Profesor Tan Huay Cheem menjelaskan.

"Jika seorang pesakit diberi renjatan, direnjat arus defibrilator yang menukar ritma jantung yang tidak normal kembali menjadi denyutan normal, anda boleh menyelamatkan nyawa seseorang."

Secara purata di Singapura, 2500 kes serangan jantung berlaku di luar hospital dan hanya 6.5 peratus daripada mereka berjaya diselamatkan.

Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan Amrin Amin berkata inisiatif ini mungkin akan dikembangkan lagi merangkumi lebih banyak syarikat teksi dan pengendali kereta sewa privet.  

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan