Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

50 rakan kerja ganding bahu dengan MENDAKI anjur kegiatan sepanjang bulan Raikan Ilmu

Sekitar 40 kegiatan disajikan bagi memupuk minat belajar dan cinta akan ilmu di kalangan masyarakat Melayu/Islam.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bulan Raikan Ilmu pertama anjuran Yayasan MENDAKI pada bulan depan menarik penyertaan 50 rakan kerja berbilang kaum dan agama untuk menjayakannya.

Sekitar 40 kegiatan disajikan bagi memupuk minat belajar dan cinta akan ilmu di kalangan masyarakat Melayu/Islam.

Timbalan Pengerusi MENDAKI Zaqy Mohamad berkata kempen yang dilancarkan pada 5 Oktober itu, diharap menjadi pemacu untuk menyemarakkan lagi budaya mengejar ilmu dalam masyarakat Melayu Singapura.

Kempen Raikan Ilmu dianjurkan MENDAKI sejak 2016, sebagai sebahagian kempen memupuk pembelajaran sepanjang hayat dalam masyarakat Melayu/Islam.

Namun kini, Raikan Ilmu dilanjutkan sepanjang bulan Oktober, selaras dengan visi Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli untuk membina sebuah masyarakat gemilang.

Lantaran itu, bagi kempen kali ini, MENDAKI akan menjalankan berbagai kegiatan bersama rakan M³ iaitu MUIS dan MESRA, sesuai buat setiap peringkat umur.

Bahkan, lebih 50 rakan kerja berbilang kaum dan agama turut bekerjsama untuk menjayakannya.

"Ada 10 peratus hingga 20 peratus adalah daripada rakan kerja yang baru. Ini menunjukkan perkongsian ilmu yang kalau kita menimba ilmu, kita berkongsi dan meluaskan lagi pengetahuan dan ilmu dalam masyarakat kita. Inilah maksudnya membudayakan ilmu dan iqra dalam masyarakat kita," kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MENDAKI Rahayu Buang.

PENERIMA GERAN TURUT SERTA SEBARKAN ILMU DIPEROLEHI

Antara rakan kerja yang dimaksudkan adalah Encik A'shua Imran yang sebelum ini pernah menerima geran daripada MENDAKI untuk melanjutkan pengajian dalam dunia seni di Afrika Selatan.

Kehadiran beliau di bulan Raikan Ilmu diharap akan membakar aspirasi anak-anak muda untuk mengejar impian mereka.

"Saya berharap bulan Raikan Ilmu bukan saja dilihat sebagai acara atau acara sepanjang bulan. Di sini, kami berharap ia menjadi pemacu untuk menjalankan satu gerakan yang mana kita membina budaya pembelajaran di kalangan masyarakat," kata Encik Zaqy yang juga merupakan Menteri Negara Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara.

Kempen bermula dengan pelancaran Galeri Warisan yang merakam susur galur perjalanan masyarakat Melayu/Islam dalam mengejar ilmu - dari sekolah pondok hingga ke menara gading.

Pesta Pembelajaran MENDAKI pula lebih padat dengan pelbagai kegiatan dan peluang sesuai buat setiap peringkat umur termasuk kegiatan membaca serta latihan dan peningkatan kerjaya.

Kempen sulung itu dijangka dapat menarik sehingga 10,000 orang keseluruhannya.

Orang ramai boleh mendapatkan senarai penuh kegiatan Raikan Ilmu dan cara untuk menyertainya di laman web MENDAKI. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan