Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

50 pelajar ceduk pengalaman karyawan mapan; lebih bertekad harungi cabaran hari muka

50 pelajar Melayu/Islam dari institusi pengajian tinggi, diberi pendedahan untuk membina 'modal sosial' masing-masing, agar mereka lebih bersiap sedia mengharungi kerjaya dan masa depan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: 50 pelajar Melayu/Islam dari institusi pengajian tinggi, diberi pendedahan untuk membina 'modal sosial' masing-masing, agar mereka lebih bersiap sedia mengharungi kerjaya dan masa depan.

Peluang tersebut dibuka menerusi satu sesi perkongsian anjuran MENDAKI, yang membolehkan mereka 'senggol bahu' dengan lima karyawan mapan.

Sesi tersebut yang dianjurkan buat julung-julung kalinya baru-baru ini, juga disertai ibu bapa para pelajar agar turut dapat menyokong pembangunan anak-anak mereka.

Selama dua jam, para pelajar institusi pengajian tinggi itu bersama ibu bapa mereka bertemu dengan para karyawan daripada pelbagai sektor dalam satu sesi perkongsian.

Mereka didedahkan kepada selok-belok industri dalam landskap kerjaya masa kini.

Diharapkan, melalui sesi sebegitu para pelajar dapat lebih bersiap sedia dalam memulakan perjalanan pengajian dan seterusnya, kerjaya mereka.

Menurut MENDAKI, usaha memperkasa golongan muda dengan kemahiran ini penting sedang mereka berdepan dengan ekonomi digital.

Tetamu kehormat dan juga AP GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam berkata: "Semoga ini dapat membuka peluang kepada mereka untuk mendapat lebih ilmu dan pengetahuan dan dapat membantu mereka dalam perjalanan mereka semasa mereka di sekolah. Juga mungkin dapat menyokong keluarga dan memberikan mereka kepelbagaian dalam rancangan yang ada."

Dalam pada itu, para pelajar juga akan didedahkan kepada peluang-peluang menjadi sukarelawan melalui inisiatif-inisiatif yang dikendalikan rangka kerja M³.

Ini sebahagian daripada usaha meluaskan portfolio anak-anak muda tersebut.

"Saya menggalakkan semua belia di sana untuk mencuba dan menjadi sukarelawan agar kita boleh memanfaatkan para pelajar dan masyarakat Melayu kita untuk menolong dan memajukan masyarakat kita," kata seorang pelajar Politeknik Ngee Ann Muhd Iqbal Salihin.

MENDAKI menambah bahawa sesi-sesi perkongsian seperti itu akan diteruskan pada masa-masa akan datang, termasuk menganjurkannya di kawasan perumahan agar dapat lebih mendekati masyarakat. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan