Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

50 ibu bincang cabaran keibubapaan abad ke-21

Peredaran masa dan perkembangan teknologi telah menyebabkan keibubapaan pada masa kini jauh berbeza dengan keibubapaan pada masa lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Peredaran masa dan perkembangan teknologi telah menyebabkan keibubapaan pada masa kini jauh berbeza dengan keibubapaan pada masa lalu.

Contohnya perkembangan dalam teknologi maklumat telah mengubah cara berkomunikasi yang kadangkalanya memberi kesan kepada interaksi dalam keluarga.

Cabaran keibubapaan itu dikupas semasa acara Perbualan Dengan Ibu atau "In Conversation With Mothers" yang dianjurkan Jamiyah buat julung-julung kalinya pada Sabtu (3 Ogos).

Sesi itu dihadiri sekitar 50 wanita dari pelbagai peringkat usia yang membincangkan isu-isu yang membelenggu golongan ibu pada abad ke-21.

Menteri Negara Kanan Kementerian Perhubungan dan Penerangan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Sim Ann, turut serta berkongsi pandangan beliau dalam acara yang berlangsung di The Villa, Kebun Bunga Singapura.

Selain saling berkongsi pengalaman, para peserta juga berpeluang mendapatkan bimbingan dari lima anggota panel, terdiri daripada pemimpin-pemimpin wanita dan bekas pemenang atau finalis Anugerah Ibu Teladan (EMA) anjuran Jamiyah.

"Sebagai seorang ibu, saya menghadapi cabaran terutamanya dalam mendidik anak terutama sekali seorang anak istimewa dan saya mengongsi bagaimana saya dapat mengatasi cabaran itu secara positif," kongsi Cik Faraliza Zainal, salah seorang anggota panel.

Cik Faraliza juga salah seorang finalis bagi Anugerah Ibu Teladan 2018 anjuran Jamiyah.

"Kita mengadakan acara ini sebagai satu wadah bagi para finalis anugerah ibu teladan kami mengongsi kisah-kisah kejayaan mereka supaya dapat dijadikan teladan dan inspirasi kepada ibu-ibu lain," kata Azlan Salim, Ketua Perhubungan Pemasaran Jamiyah.

Sempena acara tahunan Anugerah Ibu Teladan (EMA), Jamiyah mengambil kesempatan daripada acara perkongsian itu untuk menarik lebih banyak calon berpotensi.

Tahun ini, Jamiyah juga memperkenalkan sistem pencalonan dalam talian bagi memudahkan orang ramai menghantar pencalonan mereka.

Pencalonan dibuka sehingga Sabtu ini (10 Ogos) dan boleh dibuat menerusi laman Jamiyah.

Pemenangnya akan diumumkan pada 5 Oktober. 

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan