Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

50 duta pelajar jadi pemandu pelancong bagi delegasi antarabangsa

Sekitar 50 pelajar akan dilantik sebagai Duta Muda Konvensyen Singapura kepada delegasi-delegasi antarabangsa berprofil tinggi semasa melakukan lawatan ke negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jun 2019 08:08PM Dikemas Kini : 18 Jun 2019 11:00PM

SINGAPURA: Sekitar 50 pelajar akan dilantik sebagai Duta Muda Konvensyen Singapura kepada delegasi-delegasi antarabangsa berprofil tinggi semasa melakukan lawatan ke negara ini.

Di bawah program itu, para pelajar itu juga akan menjadi pemandu pelancong dan membawa para pengunjung ke destinasi seperti Chinatown dan Taman Di Persisiran.

"Saya amat gembira dan optimistik juga tentang peluang ini yang diberikan kepada saya kerana dengan peluang ini saya boleh mempelajari banyak tentang Singapura serta pelbagai isu-isu," kata Nurul Iman, seorang pelajar Maktab Rendah Catholic.

Setiap satu pelajar maktab rendah itu akan dipadankan dengan sekumpulan kecil delegasi.

Mereka kemudian perlu mengongsi pengetahuan mereka mengenai sejarah negara dan warisan wisata itu.

Bagi membuat para pelajar itu lebih bersedia, mereka akan menjalani program latihan selama lima hari kendalian agensi-agensi tertentu.

Diberi nama Program Pelibatan Belia Konvensyen Singapura, program itu adalah sebahagian daripada majlis pemeteraian dan persidangan yang dianjurkan bersama Kementerian Undang-Undang dan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa .

Sekitar 700 delegasi dari merata dunia dijangka hadir bagi acara tersebut.

Sumber : CNA/RU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan