Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

50 anggota bomba lawan kebakaran di Sungei Tengah

Seramai 50 anggota bomba melawan kebakaran di Sungei Tengah sejak awal pagi Jumaat (14 Feb), menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). 

Anggaran Waktu Membaca:
50 anggota bomba lawan kebakaran di Sungei Tengah

Anggota bomba SCDF memadamkan api kebakaran di Lorong Semangka pada 14 Feb 2020. (Gambar: SCDF)

Diterbitkan : 14 Feb 2020 11:42AM Dikemas Kini : 14 Feb 2020 11:43AM

SINGAPURA: Seramai 50 anggota bomba melawan kebakaran di Sungei Tengah sejak awal pagi Jumaat (14 Feb), menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

SCDF menyatakan ia dimaklumkan tentang kebakaran di 131 Lorong Semangka itu pada kira-kira 1.30 pagi.

Kebakaran itu melibatkan timbunan sisa hortikultur "kira-kira seluas satu padang bola sepak dan kira-kira setinggi empat tingkat".

Kebakaran tercetus di Lorong Semangka pada 14 Feb 2020. (Gambar: SCDF)

SCDF menyatakan: "Operasi memadamkan api masih dijalankan akibat kebakaran perlahan ke atas timbunan mendalam, ditambah pula dengan banyaknya tumbuh-tumbuhan kering dan keadaan berangin".

Tujuh kenderaan kecemasan dikerahkan dan lima jet air digunakan untuk mengawal kebakaran.

SCDF juga akan menggunakan alat pengorek untuk mewujudkan jurang fizikal di antara bahan-bahan yang boleh terbakar. Ini membantu untuk mengawal kebakaran dan mencegahnya daripada merebak.

Operasi memadamkan kebakaran dijangka berpanjangan, menurut SCDF.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan