Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

50,000 sertai Maraton Standard Chartered S'pura 2018

Pelari wanita dan lelaki dari Kenya mengungguli larian Maraton Standard Chartered Singapura (SCSM) sekali lagi pada tahun ini, manakala Soh Rui Yong pula merupakan peserta Singapura pertama yang menamatkan garisan penamat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Dec 2018 07:57PM Dikemas Kini : 09 Dec 2018 10:57PM

SINGAPURA: Pelari wanita dan lelaki dari Kenya mengungguli larian Maraton Standard Chartered Singapura (SCSM) sekali lagi pada tahun ini, manakala Soh Rui Yong pula merupakan peserta Singapura pertama yang menamatkan garisan penamat.

Joshua Kipkorir muncul di tempat pertama, menamatkan larian sejauh 42.2 kilometer itu dalam masa 2 jam 12 minit.

Rakan senegaranya, Priscah Cherono pula merupakan peserta wanita pertama yang menamatkan perlumbaan dalam masa 2 jam 32 minit.

Juara bertahan Maraton Sukan Asia Tenggara Soh Rui Yong, muncul sebagai peserta Singapura terpantas bagi dua tahun berturut-turut, menamatkan acara maraton hari ini dalam 2 jam, 41 minit.

"Saya berlari dengan agak perlahan pada 25 kilometer pertama dan apabila saya tahu saya bertahan sehingga barisan penamat, saya berlari bagi setiap kilometer dengan sedikit lebih cepat," kata Rui.

Lim Baoying, seorang doktor perubatan pula, merupakan peserta wanita Singapura yang terpantas menamatkan acara ini dalam masa 3 jam 16 minit.

Selain memburu kemenangan, ada juga beberapa peserta lain yang menyertai perlumbaan ini bagi tujuan mengumpul dana.

Walaupun mengalami kecederaan sebelum acara ini, Andre tetap meneruskannya dengan membeli tongkat khas dari Amerika Syarikat.

Seorang lagi peserta yang turut menyertai dengan tujuan yang sama ialah seorang mahasiswa 23 tahun, Matthew Jonah Yeoh.

Beliau menyertai perlumbaan ini bagi mengumpul dana untuk kanak-kanak di Yaman.

Dua peserta ini, antara 50,000 pelari yang turut menyertai acara tahun ini.  

Sumber : CNA/UR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan