Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 spesies haiwan baru ditemui di Pulau Ubin

Sebanyak lima spesies haiwan baru dicatat dalam senarai haiwan di Singapura, umum Lembaga Taman Negara (NParks) hari ini (24 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jun 2018 05:43PM Dikemas Kini : 24 Jun 2018 10:03PM

SINGAPURA: Sebanyak lima spesies haiwan baru dicatat dalam senarai haiwan di Singapura, umum Lembaga Taman Negara (NParks) hari ini (24 Jun).

NParks menemui spesies-spesies itu bersama masyarakat penyelidik ketika mengadakan tinjau selidik di Pulau Ubin tahun lalu. Ia termasuk dua jenis kelawar, seekor serangga, burung dan labah-labah.

Berucap di pembukaan Hari Ubin yang ke-7, Menteri Kedua Pembangunan Negara Desmond Lee berkata bahawa penemuan itu penting kerana ia menambah kepada kepelbagaian biologi di Pulau Ubin dan "mengingatkan kami tentang peranan kami sebagai pengelola dan penjaga warisan alam semula jadi".

Misalnya, penemuan spesies burung penghijrah yang dikenali sebagai Little Stints penting, menurut NParks. Burung-burung itu ditemui di paya Chek Jawa di Pulau Ubin September lalu ketika ia singgah di situ untuk mencari makan selepas air surut.

"Penemuan ini penting kerana ia menunjukkan bahawa Pulau Ubin melengkapi Paya Simpanan Sungei Buloh sebagai tempat persinggahan bagi burung-burung sedemikian di laluan Terbang Asia Timur-Australasia," menurut NParks.

Kelawar Tomb Bat dan Pipistrelle. (Gambar: Chung Yi Fei) 

Spesies lain yang dicatat termasuk kelawar yang memakan serangga seperti Tomb Bat dan Pipistrelle yang sebelum ini pernah ditemui di Asia Tenggara.

Sesibur Arrow Emperor. (Gambar: Joseph K H Koh) 

Sesibur Arrow Emperor. (Gambar: Jacky Soh) 

Sesibur jenis Arrow Emperor pula yang ditemui baru-baru ini di Malaysia dan India serta labah-labah Weaver juga dicatat dalam senarai haiwan di Singapura itu.  

Labah-labah Weaver. (Gambar: Joseph K H Koh) 




Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan