Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 PR, 2 pelajar antara 24 kes import COVID-19 di S'pura

Tiada jangkitan COVID-19 dilaporkan dalam masyarakat buat tiga hari berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
5 PR, 2 pelajar antara 24 kes import COVID-19 di S'pura

Kakitangan Lapangan Terbang Changi memakai PPE. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 06 Apr 2021 10:48PM Dikemas Kini : 06 Apr 2021 10:51PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan 24 kes COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Selasa (6 Apr), menurut kemas kini Kementerian Kesihatan (MOH).

Kesemua kes baru itu adalah kes-kes import yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus selepas mereka tiba di sini.

Tiada jangkitan COVID-19 dilaporkan dalam masyarakat buat tiga hari berturut-turut.

Lima kes yang dilaporkan hari ini adalah Penduduk Tetap (PR) Singapura yang tiba dari India dan Malaysia.

Satu kes adalah seorang pemegang pas tanggungan yang tiba dari Ukraine dan seorang lagi adalah pemegang pas lawatan jangka panjang dari FIlipina.

Dua kes lain adalah pemegang pas pelajar dari India, sementara ada seorang pemegang pas kerja yang datang dari Bangladesh.

Terdapat juga 12 pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India dan Malaysia, termasuk seorang pembantu rumah asing.

Baki dua kes yang dilaporkan hari ini adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari India. Salah seorang daripadanya tiba di Singapura untuk menziarahi anggota keluarga yang merupakan PR di sini, manakala seorang lagi datang ke sini atas urusan projek kerja.

KEMAS KINI KES SEBELUMNYA

Lagi 25 kes sudah dibenarkan keluar hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah keseluruhan yang sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 kini seramai 60,239.

Masih terdapat 48 kes yang berada di hospital, dengan kebanyakannya dalam keadaan stabil atau sedang beransur pulih manakala seorang dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi. Lagi 202 orang sedang diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.

Daripada 172 kes yang disahkan dijangkiti COVID-19 yang dilaporkan antara 31 Mac hingga 6 Apr, sebanyak 66 kes diuji positif berdasarkan ujian serologi mereka, 82 diuji negatif manakala hasil ujian serologi bagi 24 kes belum selesai.

Secara keseluruhannya, jumlah kes baru dalam masyarakat kekal pada dua kes setiap minggu sepanjang dua minggu lalu, menurut MOH.

Jumlah kes tanpa kaitan dalam masyarakat juga kekal pada dua kes setiap minggu sepanjang dua minggu lalu, tambah kementerian itu lagi.

Setakat sehingga Selasa, Singapura melaporkan 60,519 kes COVID-19 dengan 30 kematian sejauh ini.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan