Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 pekerja warga Bangladesh sah hidap campak

Lima pekerja rakyat Bangladesh yang tinggal di dua asrama berasingan diuji positif menghidap penyakit campak awal bulan ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Jun 2019 08:43PM Dikemas Kini : 27 Jun 2019 09:51PM

SINGAPURA: Lima pekerja rakyat Bangladesh yang tinggal di dua asrama berasingan diuji positif menghidap penyakit campak awal bulan ini.

Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan lima kes itu tidak saling berkaitan.

Menurut MOH lagi tiada bukti menunjukkan penyakit itu sudah menular tetapi ia terus memantau keadaannya.

Dua pekerja Bangladesh yang berkenaan tinggal di Toh Guan Dormitory di Toh Guan Road.

Seorang daripada mereka dimasukkan ke hospital awal bulan ini.

Rakan sebiliknya yang kemudian menunjukkan tanda-tanda penyakit campak mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

Tiga lagi pekerja Bangladesh yang menghidap campak tinggal di Sungei Tengah Lodge di Old Choa Chu Kang Road.

Mereka diuji positif campak minggu lalu dan dimasukkan ke hospital tetapi hanya seorang masih berada di wad.

Kesemua lima pekerja itu tidak lagi boleh menjangkiti orang lain.

MOH menyatakan puluhan orang yang berhubungan rapat dengan mereka sudah dikenal pasti dan diberi suntikan vaksin. 

Sumber : CNA/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan