Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 orang semeja: Jumlah pelanggan kelompok pertama pusat penjaja, kedai kopi naik 20 peratus

Beberapa pusat penjaja dan kedai kopi hari ini (23 Nov) dikunjungi lebih ramai pelanggan sempena bermulanya peraturan yang membenarkan kumpulan sehingga lima orang lengkap divaksin makan bersama.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Nov 2021 07:57PM Dikemas Kini : 23 Nov 2021 09:17PM

SINGAPURA: Beberapa pusat penjaja dan kedai kopi hari ini (23 Nov) dikunjungi lebih ramai pelanggan sempena bermulanya peraturan yang membenarkan kumpulan sehingga lima orang lengkap divaksin makan bersama.

Sebanyak 18 pusat penjaja dan kedai kopi itu adalah kelompok pertama yang melaksanakan pemeriksaan status vaksinasi pelanggan di tempat masuk.

Beberapa peniaga ditemui Mediacorp berkata jumlah pelanggan mereka naik sehingga 20 peratus.

Para pelanggan hanya perlu mengimbas aplikasi atau token TraceTogether untuk membuktikan status vaksinasi mereka.

Namun para pegawai penguat kuasa turut dikerah untuk memastikan orang ramai mematuhi peraturan berkenaan.

Para penjaja berharap peraturan yang dilonggarkan itu akan merancakkan perniagaan mereka.

Di pusat-pusat penjaja pemeriksaan status vaksinasi dilakukan pihak berkuasa tetapi kedai-kedai kopi privet perlu mengadakan sendiri sistem pemeriksaan vaksinasi.

Selain 18 tempat pertama itu, pusat penjaja dan kedai kopi yang lain difahamkan sedang membuat persiapan untuk menerima kumpulan sehingga lima pelanggan makan semeja.

Sumber : CNA/RU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan