Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 lagi bayi mungkin diberi susu formula Dumex yang ditarik balik

Lima lagi bayi daripada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) mungkin sudah diberikan susu formula bayi dari Dumex Mamil Gold yang baru-baru ini ditarik balik kerana didapati mengandungi bakteria dalam sampel-sampel produk itu.

Anggaran Waktu Membaca:
5 lagi bayi mungkin diberi susu formula Dumex yang ditarik balik

(Gambar: AVA)

Diterbitkan : 30 Aug 2018 11:09PM Dikemas Kini : 30 Aug 2018 11:11PM

SINGAPURA: Lima lagi bayi daripada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) mungkin sudah diberikan susu formula bayi dari Dumex Mamil Gold yang baru-baru ini ditarik balik kerana didapati mengandungi bakteria dalam sampel-sampel produk itu.

Menurut maklumat terkini pada Khamis (3 Ogos), hospital itu menyatakan bahawa ia sudah mengenal pasti lima bayi selepas menjalankan pemeriksaan tambahan ke atas semua pesakit yang dimasukkan ke hospital berkenaan.

Ibu bapa dan pengasuh mereka sudah dihubungi dan semua bayi dalam keadaan baik, kata Profesor Madya Ng Kee Chong, pengerusi lembaga perubatan KKH.

Awal bulan ini, Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) menyatakan bahawa ia mengarahkan susu formula Dumex Mamil Gold Infant Formula - Step 1 (850g) ditarik balik, selepas bakteria Cronobacter sakazakii dikesan pada sampel-sampel produk tersebut.

KKH dan Hospital Universiti Nasional (NUH) mengesahkan bahawa seramai 13 bayi sudah diberi formula susu yang ditarik balik itu - 12 di KKH dan lagi seorang di NUH.

Bayi-bayi yang mungkin diberi produk yang terjejas berusia bawah enam bulan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan