Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 kes baru COVID-19 di S'pura, kesemuanya diimport

Singapura melaporkan lima kes baru COVID-19 setakat tengah hari Ahad (21 Nov), menurut kemas kini awal harian Kementerian Kesihatan (MOH).

Anggaran Waktu Membaca:
5 kes baru COVID-19 di S'pura, kesemuanya diimport

(Gambar: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 21 Nov 2020 06:17PM Dikemas Kini : 21 Nov 2020 06:19PM

SINGAPURA: Singapura melaporkan lima kes baru COVID-19 setakat tengah hari Ahad (21 Nov), menurut kemas kini awal harian Kementerian Kesihatan (MOH).

Kesemuanya adalah kes-kes import dan sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah setiba mereka di sini, menurut MOH. Tiada jangkitan tempatan dilaporkan buat hari ke-11 berturut-turut.

Butiran lanjut kes-kes tersebut akan dikeluarkan pada Sabtu malam, tambah kementerian itu lagi.

Jumlah terkumpul kes COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 58,148 tetapi sehingga semalam 58,058 pesakitnya sudah sembuh.

Sehingga semalam (20 Nov) 26 orang sedang dirawat di hospital dan seorang dalam keadaan tenat.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan