Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 gimnasium baru bakal dibuka di kelab masyarakat

Lima gimnasium Penuaan Aktif baru akan dibuka di kelab-kelab masyarakat bermula tahun depan, dengan yang pertama dibuka di Kelab Masyarakat Ang Mo Kio.

Anggaran Waktu Membaca:
5 gimnasium baru bakal dibuka di kelab masyarakat

Perdana Menteri Lee Hsien Loong di acara yang diadakan di Kelab Masyarakat Ang Mo Kio. (Gambar: Chwee/MCI)

Diterbitkan : 09 Sep 2018 07:38PM Dikemas Kini : 09 Sep 2018 07:42PM

SINGAPURA: Lima gimnasium Penuaan Aktif baru akan dibuka di kelab-kelab masyarakat bermula tahun depan, dengan yang pertama dibuka di Kelab Masyarakat Ang Mo Kio.

Gimnasium-gimnasium ini bakal dibuka hasil kerjasama antara Persatuan Rakyat (PA), SportsSG dengan kelab-kelab masyarakat. Ia bakal dilengkapi dengan peralatan-peralatan yang sesuai bagi golongan muda mahupun warga emas.

"Anda boleh ke gimnasium meskipun berkerusi roda. Anda boleh menggunakan peralatan yang ada tanpa perlu bangun daripada kerusi roda," kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam satu acara jamuan malam Penuaan Aktif di Kelab Masyarakat Ang Mo kio semalam (8 Sep).

Berkongsi lebih lanjut, PM Lee berkata peralatan elektronik juga disediakan, yang membolehkan para pengunjung mengimbas kad mereka lalu butiran mereka akan didaftarkan ke dalam sistem bagi mengenal pasti keperluan masing-masing. Sistem peralatan kemudian akan diubah suai mengikut keperluan pengguna.

"Ini semua antara cara-cara bagi memastikan golongan warga emas mempunyai kemudahan-kemudahan yang baik," tambah PM Lee.

Sekitar 900 penduduk, pemimpin akar umbi dan anggota parlimen hadir di acara itu.

Bagi mencapai gaya hidup lebih aktif dan lebih baik, kelab masyarakat juga merancang untuk menganjurkan pelbagai aktiviti dan kursus bagi memperkaya pengalaman warga lanjut usia.

Di acara itu juga, PM Lee menambah bahawa SportSG dan kelab masyarakat akan bekerjasama dengan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) untuk menjalankan penyelidikan berkaitan penuaan.

"Kami berharap melalui penyelidikan ini, kami akan jangkakan dengan lebih baik apa yang diperlukan rakyat, apa yang lebih disukai mereka, masalah yang dihadapi dan program-program yang paling sesuai untuk mempertingkat mutu kehidupan mereka.

"Ini membolehkan kami untuk memperuntukkan sumber-sumber dan kewangan bagi program-program yang paling memberi manfaat kepada penduduk," tambah PM Lee.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan