Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 ditangkap disyaki terbabit pergaduhan di kedai kopi di Hougang

Empat lelaki dan seorang wanita yang berusia antara 52 dengan 65 tahun, ditangkap pada Selasa (11 Ogos) kerana disyaki terbabit dalam satu kes pergaduhan di sebuah kedai kopi dekat Hougang Avenue 8.

Anggaran Waktu Membaca:
5 ditangkap disyaki terbabit pergaduhan di kedai kopi di Hougang
Diterbitkan : 13 Aug 2020 08:36PM Dikemas Kini : 13 Aug 2020 08:38PM

SINGAPURA: Empat lelaki dan seorang wanita yang berusia antara 52 dengan 65 tahun, ditangkap pada Selasa (11 Ogos) kerana disyaki terbabit dalam satu kes pergaduhan di sebuah kedai kopi dekat Hougang Avenue 8.

"Pada 9 Ogos 2020, polis dimaklumkan mengenai kes pergaduhan yang berlaku di sebuah kedai kopi dekat Hougang Avenue 8," menurut pihak berkuasa dalam kenyataan media pada Khamis (13 Ogos).

Dalam rakaman video singkat yang dimuat naik ke Facebook, dua lelaki kelihatan sedang bertumbuk.

Beberapa individu di sekeliling mereka pula membalingkan sudu garpu dan saling memukul menggunakan kerusi dan meja di kedai kopi berkenaan.

Polis mengenal pasti identiti para suspek menerusi soal siasat orang ramai dan hasil siasatan lanjut, kesemua suspek diberkas pada keesokan harinya.

"Siasatan awal mendedahkan dua kumpulan itu memang sudahpun ada pertelingkahan ketika berada di kedai kopi itu," menurut pihak berkuasa.

Siasatan sedang dijalankan. Jika didapati bersalah bergaduh, mereka boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan