5 dikejarkan ke CGH susuli kemalangan di Bedok Reservoir Road
Lima orang digegaskan ke hospital pada Khamis (17 Okt) menyusuli satu kemalangan jalan raya di Bedok Reservoir Road.
SINGAPURA: Lima orang digegaskan ke hospital pada Khamis (17 Okt) menyusuli satu kemalangan jalan raya di Bedok Reservoir Road.
Berdasarkan gambar-gambar yang dikirimkan kepada Mediacorp, beberapa orang dilihat terbaring dengan para pejalan kaki yang lalu lalang di situ memberikan perhatian kepada mereka, sementara sebuah kenderaan terbalik di tempat kejadian.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia memberikan respons kepada nahas di Bedok Reservoir Road itu pada sekitar 8.15 pagi tadi.
SCDF menambah lima orang sudahpun dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH) melalui ambulans.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.