Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 diberkas selepas bergaduh di Jalan Sultan, cederakan lelaki 19 tahun

Tiga lelaki dan dua wanita diberkas selepas bergaduh di Blok 19 Jalan Sultan, di mana seorang lelaki ditemui cedera.

Anggaran Waktu Membaca:
5 diberkas selepas bergaduh di Jalan Sultan, cederakan lelaki 19 tahun

(Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 22 Sep 2021 10:47PM Dikemas Kini : 22 Sep 2021 10:49PM

SINGAPURA: Tiga lelaki dan dua wanita diberkas selepas bergaduh di Blok 19 Jalan Sultan, di mana seorang lelaki ditemui cedera.

Polis menyatakan ia dimaklumkan tentang pergaduhan itu pada sekitar 1.30 pagi pada Isnin (20 Sep).

"Setibanya polis di tempat kejadian, seorang lelaki 19 tahun didapati mengalami luka di kepala, bahagian atas tubuh dan tangannya," menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan media pada Rabu (22 Sep), sambil menambah bahawa lelaki itu dibawa ke hospital Tan Tock Seng.

Penyerangnya melarikan diri dari tempat kejadian sebelum polis tiba.
Sebilah pisau dirampas sebagai bahan bukti kes.

Lima suspek, berusia antara 17 dengan 22 tahun, diberkas antara Isnin dengan Rabu.

Salah seorang daripada mereka, lelaki 19 tahun akan didakwa di mahkamah pada Khamis (23 Sep) kerana sengaja menyebabkan kecederaan teruk dengan menggunakan senjata berbahaya.

Jika sabit kesalahan, dia berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup atau sehingga 15 tahun, denda dan sebatan.

Siasatan polis sedang dijalankan.

"Polis tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tindakan ganas yang secara terang-terangan tidak menghiraukan undang-undang," tegas SPF.

"Kami akan melakukansebaik mungkin untuk menangkap pesalah sedemikian dan menangani mereka mengikut undang-undang." 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan