Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 cedera dalam kemalangan libatkan 2 kereta dekat Bangunan Parlimen

Lima orang cedera termasuk dua pemandu kereta dalam satu kemalangan jalan raya dekat Bangunan Parlimen pada pagi Ahad (14 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lima orang cedera termasuk dua pemandu kereta dalam satu kemalangan jalan raya dekat Bangunan Parlimen pada pagi Ahad (14 Nov).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia dimaklumkan mengenai kemalangan jalan raya di simpang North Bridge Road dan Parliament Place pada kira-kira pukul 8.20 pagi.

Kemalangan itu melibatkan dua buah kereta, menurut polis. Dua pemandu lelaki berusia 51 dan 59 tahun serta tiga penumpang berusia antara 28 dengan 61 tahun berada dalam keadaan sedar apabila dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH).

Siasatan polis masih dijalankan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan