Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

5 cedera dalam kemalangan berangkai 8 kereta di PIE

Lima orang cedera setelah lapan kereta, termasuk sebuah teksi CityCab, terlibat dalam satu kemalangan berantai di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) hari ini (22 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Dec 2017 06:17PM Dikemas Kini : 22 Dec 2017 09:42PM

SINGAPURA: Lima orang cedera setelah lapan kereta, termasuk sebuah teksi CityCab, terlibat dalam satu kemalangan berangkai di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) hari ini (22 Dis).

Seorang jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka memberi respons terhadap insiden di PIE menghala ke Changi, berdekatan jalan susur keluar Toa Payoh Lorong 2 itu, kira-kira pukul 12.10 tengah hari tadi.

Lima orang dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dalam keadaan sedarkan dan stabil, tambah jurucakap tersebut.

Satu rakaman video yang tersebar online, menunjukkan lapan buah kereta di lorong pertama PIE. 

Sekurang-kurangnya sebuah kereta kelihatan rosak teruk, dengan serpihan-serpihan seperti 'bumper' berselerakan di atas jalan raya.

Menurut catatan di laman Twitter Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), kemalangan itu menyebabkan kesesakan sehingga jalan susur keluar Lornie Road.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan