Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4kg ganja dirampas, 4 ditahan dalam operasi CNB

Sekitar 4 kilogram ganja dirampas dan empat suspek diberkas pada Jumaat (14 Dis) oleh Biro Narkotik Pusat (CNB).

Anggaran Waktu Membaca:
4kg ganja dirampas, 4 ditahan dalam operasi CNB

Sekitar 1.9kg ganja ditemui dalam kereta. (Gambar: CNB)

Diterbitkan : 15 Dec 2018 10:41PM Dikemas Kini : 15 Dec 2018 10:42PM

SINGAPURA: Sekitar 4 kilogram ganja dirampas dan empat suspek diberkas pada Jumaat (14 Dis) oleh Biro Narkotik Pusat (CNB).

Dua suspek pertama - seorang rakyat Singapura berusia 34 tahun dan seorang warga Malaysia berusia 24 tahun - diberkas setelah para pegawai CNB memintas sebuah kereta berdaftar Malaysia di Keng Lee Road berdekatan kawasan Newton.

Sekitar 1.9 kilogram ganja ditemui di di bahagian depan tempat duduk penumpang. Wang tunai bernilai sehingga S$1,000 turut dirampas, menurut CNB dalam satu kenyataan media pada Sabtu (15 Dis).

Para pegawai kemudian menyerbu rumah suspek rakyat Singapura di Hougang dan merampas 2.1 kilogram ganja lagi, 92 gram Ice dan 56 gram bahan psikoaktif baru.

Seorang lagi lelaki rakyat Singapura diberkas secara berasingan di sebuah unit rumah kedai di Geylang. Lelaki tersebut sebelum itu sudah berjumpa dengan dua suspek itu di sebuah kemudahan perubatan di kawasan Keng Lee Road sebelum meninggalkan tempat itu dengan menaiki teksi, menurut CNB.

Lagi seorang suspek berusia 29 tahun, turut diberkas di rumah kedai itu.

Siasatan terhadap aktiviti-aktiviti dadah kesemua suspek masih dijalankan.

Menurut CNB, ganja seberat 4 kilogram itu cukup untuk memenuhi permintaan sekitar 570 penagih dadah selama seminggu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan