Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

49 orang terkena keracunan makanan set bento Spize

Seramai 49 orang jatuh sakit akibat keracunan makanan selepas memakan set bento dari Spize, menurut pihak pengurusan restoran tersebut pada Jumaat (9 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
49 orang terkena keracunan makanan set bento Spize

Spize. (Gambar: Spize)

Diterbitkan : 09 Nov 2018 09:20PM Dikemas Kini : 09 Nov 2018 09:27PM

SINGAPURA: Seramai 49 orang jatuh sakit akibat keracunan makanan selepas memakan set bento dari Spize, menurut pihak pengurusan restoran tersebut pada Jumaat (9 Nov).

Menurut catatan Facebook restoran berkenaan, pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) untuk mengenal pasti punca insiden tersebut.

"Pada 6 November, Spize @ River Valley membekalkan 88 set bento ke sebuah lokasi," menurut restoran tersebut. "Setahu kami, 15 daripada mereka yang memakan set bento kami jatuh sakit."

Spize menambah pihaknya "mendoakan dengan seikhlas-ikhlasnya kepada mereka yang terjejas".

Restoran yang menghidangkan makanan fusion itu turut mendedahkan bahawa ia komited untuk mengambil "sebarang tindakan wajar yang diperlukan".

"Kami berharap agar mereka yang terjejas akan segera sembuh."

Empat cawangan Spize terletak di Bedok, River Valley, Rifle Range di Kelab Temasek dan Siglap.

Mediacorp sudah menghubungi NEA untuk mendapatkan perinciannya.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan